Page 1Page 2Page 3Page 4Page 5Page 6Page 7Page 8Page 9Page 10Page 11Page 12Page 13Page 14
Page 1 of 14Majalah Ilmiah UNIKOM
Vol.13 No. 2
197
H a l a m a n
ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET SEBAGAI ISU UTAMA NEGARA:
ISU-ISU KONTEMPORARI, PENDEKATAN, DAN PENYELESAIAN
OEMAR HAMDAN, ABD.MANAF ISMAIL
Kolej Undang-Undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Isu keselamatan siber merupakan isu utama masa kini yang mendapat per-
hatian dari pelbagai pihak termasuklah pengguna individu, masyarakat, pihak Kera-
jaan, organisasi perniagaan, dan sebagainya. Isu ini seakan tidak ada penyelesaian
lantaran ancaman berterusan seperti serangan pengodam terhadap komputer
masih berlaku, malah di sesetengah negara is agak membimbangkan.
Untuk itu, kertas kerja ini membincangkan sorotan kajian berkaitan isu-isu kesela-
matan siber termasuklah di Malaysia. Secara khususnya, kod profesional ICT
akan dibincangkan untuk melihat sejauhmanakah ianya berkesan dalam mem-
bendung permasalahan ini. Kertas kerja ini juga mengupas pendekatan berasas-
kan ICT yakni sejauhmanakah pendekatan ini berupaya menangani permasa-
lahan berkenaan. Akhir sekali, cadangan untuk mempertingkatkan
kesedaran terhadap bahaya ancaman ini adalah penting agar para pengguna
peka terhadap sebarang amaran mengenai ancaman siber.
PENDAHULUAN
Secara umumnya, strategi pembangunan dan
perkembangan organisasi korporat masa kini
amat
bergantung
kepada
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk
meningkatkan produktiviti, keupayaan
perniagaan, mempertingkatkan daya saing,
serta menggalakkan perkembangan aktiviti
perniagaan baru secara dalam talian. Dalam
pada itu, didapati bahawa hamper di se-
luruh dunia tumpuan diberikan kepada
meningkatkan keyakinan dalam urusniaga
berasaskan platform elektronik, membangun
sumber manusia, merapatkan jurang digital
serta mewujudkan peluang dan aktiviti perni-
agaan baru. Dalam usaha memastikan ke-
jayaan perniagaan berteraskan penggtmaan
ICT, keyakinan pengguna juga hams diti-
tikberatkan khususnya sebagai pihak utama
dalam pasaran barangan secara dalam
talian. Namun demikian, kemajuan ICT turut
diiringi oleh isu serangan siber sekaligus
mencetus satu polimik terhadap kesela-
matan siber. Nurharyani (2006) menjelas-
kan bahawa dominasi dan pertumbuhan
pesat ICT telah menjadikan serangan siber
sebagai satu bentuk senjata yang `menarik
dan berkesan' untuk digunakan ke atas
sesebuah negara. Ini adalah kerana kosnya
yang murah berbanding dengan kos yang
diperlukan untuk pembangunan, penye-
lengaraan serta penggunaan keupayaan ke-
tenteraan yang canggih. Apa yang diperlukan
hanyalah, usaha yang minima iaitu merekrut
agen atau pengintip yang berkebolehan men-
cipta
maklumat
palsu,
memanipulasi
maklumat atau melancarkan kod merbaha-
(malicious code)
tem maklumat yang dihubungkan melalui
prasarana telekomunikasi yang dikongsi
secara global.
bidang
TEKNIK