Page 1Page 2Page 3Page 4Page 5Page 6Page 7Page 8Page 9Page 10Page 11Page 12Page 13Page 14
Page 2 of 14Majalah Ilmiah UNIKOM
Vol.13 No. 2
198
H a l a m a n
Madon (2000) menganggarkan bilangan
pengguna laman web seluruh dunia diang-
garkan sekitar 200 milion pada tahun 2005
dan dijangka terns meningkat kepada 250
milion (2006), 290 milion (2007) dan 350
milion (2008). Namun demikian, perangkaan
yang diberikan oleh Madon tersebut adalah
berdasarkan teknologi Internet berwayar se-
mata-mata dan tidak mengambilkira perkem-
bangan kontemposari dalam Internet global.
Ini kerana, pengenalan alatan teknologi
tanpa wayar seperti Internet tanpa wayar,
protokol aplikasi tanpa wayar (WAP), Internet
Protokol V6 (IPv6), telefon berasaskan web,
anjakan teknologi 2G kepada 3G, dan se-
bagainya sebenarnya menyebabkan bilangan
pengguna yang akses laman web akan men-
jadi lebih besar. Rasionalnya, teknologi tanpa
wayar akan memudahkan para pengguna
untuk mengakses dan melayari laman web.
Pada masa kini pula wujudnya peranti el-
ektronik mudahalih seperti telefon bimbit, jam
tangan, personel digital assistant (PDA), dan
sebagainya yang menyediakan browser kepa-
da penguna untuk akses kepada Internet
dan situasi ini pastinya mempertingkatkan
jumlah pengunjung laman web pada masa
hadapan. Lantaran itu, serangan siber juga
telah memasuki episod baru di mana se-
rangan boleh dilancarkan melalui mana-mana
peranti atau rangkaian sedia ada.
Malaysia telah menyedari tentang peri pent-
ingnya keselamatan ICT negara terutama jika
Malaysia berhasrat untuk bersaing dengan
negara-negara maju yang lain. Pada April
2001, Malaysia telah membentuk sebuah
agensi pemantauan keselamatan berkaitan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
bagi menangani masalah insiden-insiden
keselamatan ICT negara. Penubuhan Pusat
Respons Kecemasan dan Keselamatan ICT
Kebangsaan (NISER) telah dipersetujui oleh
Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) se-
jak Januari 1998. Penyediaan perkhidmatan
keselamatan oleh NISER dijalankan dengan
usaha sama lain-lain agensi kerajaan, sektor
swasta,
masyarakat
dan
orang
perseorangan. Isu keselamatan ICT bukan
sahaja mendapat perhatian serius Malaysia
malah negara-negara ASEAN turut memberil-
can perhatian terhadap isu ini. Negara-negara
ASEAN telah mengumumkan rancangan untuk
berkongsi maklumat dalam keselamatan
komputer serta membentuk unit jenayah
siber menjelang tahun 2005. Sebagai
langkah permulaan setiap negara ASEAN akan
membentuk Pasukan Respon Kecemasan
Komputer (CERT) mereka sendiri. Dengan
adanya pasukan ini perkongsian maldumat
dijangka dapat dijalankan dengan lebih mu-
dah dan efektif Rancangan kerjasama terse-
but diharap akan diperluaslcan ke seluruh
rantau Asia dan juga turut disertai diperingkat
Asia Pasifik dan global. Di Malaysia misalnya,
Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multi-
media, Datuk Amar Leo Moggie telah
mengajak rakyat Malaysia ke arah kesedaran
bagi menggunakan Internet untuk tujuan baik.
Beliau juga telah mencadangkan supaya sis-
tem penapisan Internet digunakan secara
meluas termasuk dalam bidang pendidikan
dan juga korporat (Utusan Malaysia, 1999).
Penggunaan sistem ini bertujuan untuk
mewujudkan satu persekitaran penggunaan
sumber Internet yang bersih dan segala un-
sur negatif.
SOROTAN TERHADAP ISU KESELAMATAN
SIBER
Ancatnan siber sering berlaku apabila media
dan ICT disalahgunakan sebagai platform
sama ada secara langsung atau tidak lang-
sung untuk melaksanakan aktiviti subedit'
yang boleh menyebabkan gangguan atau
kerosakan sama ada secara sengaja atau
tidak kepada mangsa atau para pengguna.
Haryani (2006) menjelaskan bahawa an-
caman siber juga merupakan ancaman yang
mana kesan sebenar ancaman banyak ber-
gantung kepada nilai maklumat dan prasara-
na maklumat yang dijadikan sasaran oleh
penjenayah siber untuk mengeksploitasikan
(loopholes)
pasti ialah keganasan siber masa kini mampu
merebak dengan sangat pantas tanpa mengi-
ra sempadan lc.awasan. Kesan yang wujud
akibat ancaman siber ini sebenarnya lebih
buruk padahnya daripada apa yang jangka-
kan dan tahap keseriusan ancaman berbeza
-beza dan amat bergantung kepada tahap
Oemar Hamdan, Abd. Manaf Ismail